Mengenai TAWAUfm


  • Sejarah

    LATAR BELAKANG

    1984

    • Badan Perhubungan Siaran Rangkaian Nasional di Radio Malaysia Sabah
    • Peranan : Menghantar bahan-bahan rakaman/temuramah untuk siaran Radio Malaysia Sabah.
    • Pejabat di Tingkat 2,Bangunan Sim(kini Bangunan Yong Hin)

    1985

    • Berpindah ke Tingkat 1,Wisma Persekutuan Tawau

    1987

    • Berpindah ke Tingkat 7, Wisma Persekutuan Tawau setelah studio radio siap

    31 Ogos 1987

    • Bersiaran secara rasmi selama 1 Jam (0600 hingga 0700)
    • Frekuensi : FM 98.1 MHz (100 Watt)
    • Kawasan liputan : Sekitar Tawau
    • Kakitangan :
      Bahagian Rancangan – 5 orang
      Juruteknik Studio – 2 orang

    8 Oktober 2003

    • Beroperasi di Jalan Chong Thien Vun, yang sebelum ini menempatkan Stesen Pemancar MW
  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi dan Objektif

    » Visi

    Menjadi sebuah stesen penyiaran radio tempatan unggul di Tawau yang dapat menyalurkan maklumat secara berkesan, cepat dan tepat.

    » Misi

    Menjadi salah sebuah stesen daerah yang mendapat tempat di hati pendengar dan bersaing dengan stesen-stesen radio lain sesuai dengan slogan / tagline Radio Malaysia TAWAUfm iaitu “PILIHAN ANDA”.

    » Objektif

    1. Menyalurkan maklumat-maklumat semasa terutamanya dasar- dasar dan hala tuju kerajaan kepada masyarakat setempat. 
    2. Memberikan liputan yang bersesuaian terhadap peristiwa yang berlaku secara tepat, cepat dan terkini kepada masyarakat.
    3. Menerbitkan rancangan-rancangan berbentuk informatif, hiburan dan penerangan yang bersesuaian dengan masyarakat. 
    4. Menjana pendapatan untuk kerajaan melalui siaran iklan dan tajaan rancangan.
  • Maklumat Bahagian

    PENTADBIRAN

    • Pentadbiran Am
    • Memproses surat yang diterima
    • Urusan Fail
    • Urusan Stor
    • Pengurusan Pejabat
    • Pengurusan Kenderaan Pejabat dan Mesin-mesin Pejabat
    • Pengurusan Tuntutan kakitangan
    • Keselamatan
    • Memastikan urusan seharian pejabat berjalan lancar
    • Memastikan Pengurusan Sumber Manusia berjalan lancar
    • Memastikan Keselamatan Harta Benda Jabatan terjamin
    • Memastikan Pengurusan Kewangan (e-Spkb & e-Perolehan) mematuhi Prosedur dan mengikut Arahan Perbendaharaan ke arah Perbelanjaan Berhemah.

    BERITA EHWAL SEMASA (BES)

    Kawasan Liputan Berita:

    • Tawau
    • Kunak
    • Semporna
    • Lahad Datu
    • Kalabakan
    • Memastikan Liputan Berita dari Kawasan sekitar Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan dapat dijalankan untuk siaran Berita Radio / TV.

    KEJURUTERAAN

    • Kendalian Studio Radio
    • Unit Siaran Luar
    • Liputan Berita/Penghantaran bahan
    • Penyenggaraan Peralatan
    • Memastikan Siaran TAWAUfm berkualiti
    • Memastikan Siaran daripada Stesen Pemancar dapat diterima dengan jelas
    • Memastikan Peralatan dan fasiliti teknikal sentiasa berada dalam keadaan yang baik

    JUSTIFIKASI UNIT

    RANCANGAN

    • Memastikan Tugasan Konti sepanjang 12 jam berjalan lancar
    • Memastikan Penerbitan Rancangan untuk siaran Tawaufm mencapai KPI
    • Mendapatkan iklan untuk sumber pendapatan jabatan
    • Meningkatkan jumlah pendengar/audiens untuk mengikuti siaran tawau fm

    CARTA FUNGSI UNIT