INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

LATAR BELAKANG

1984

  • Badan Perhubungan Siaran Rangkaian Nasional di Radio Malaysia Sabah
  • Peranan : Menghantar bahan-bahan rakaman/temuramah untuk siaran Radio Malaysia Sabah.
  • Pejabat di Tingkat 2,Bangunan Sim(kini Bangunan Yong Hin)

1985

  • Berpindah ke Tingkat 1,Wisma Persekutuan Tawau

1987

  • Berpindah ke Tingkat 7, Wisma Persekutuan Tawau setelah studio radio siap

31 Ogos 1987

  • Bersiaran secara rasmi selama 1 Jam (0600 hingga 0700)
  • Frekuensi : FM 98.1 MHz (100 Watt)
  • Kawasan liputan : Sekitar Tawau
  • Kakitangan :
    Bahagian Rancangan – 5 orang
    Juruteknik Studio – 2 orang

8 Oktober 2003

  • Beroperasi di Jalan Chong Thien Vun, yang sebelum ini menempatkan Stesen Pemancar MW
 

PENTADBIRAN

  • Pentadbiran Am
  • Memproses surat yang diterima
  • Urusan Fail
  • Urusan Stor
  • Pengurusan Pejabat
  • Pengurusan Kenderaan Pejabat dan Mesin-mesin Pejabat
  • Pengurusan Tuntutan kakitangan
  • Keselamatan
  • Memastikan urusan seharian pejabat berjalan lancar
  • Memastikan Pengurusan Sumber Manusia berjalan lancar
  • Memastikan Keselamatan Harta Benda Jabatan terjamin
  • Memastikan Pengurusan Kewangan (e-Spkb & e-Perolehan) mematuhi Prosedur dan mengikut Arahan Perbendaharaan ke arah Perbelanjaan Berhemah.

 

BERITA EHWAL SEMASA (BES)

Kawasan Liputan Berita:

  • Tawau
  • Kunak
  • Semporna
  • Lahad Datu
  • Kalabakan
  • Memastikan Liputan Berita dari Kawasan sekitar Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan dapat dijalankan untuk siaran Berita Radio / TV.

 

KEJURUTERAAN

  • Kendalian Studio Radio
  • Unit Siaran Luar
  • Liputan Berita/Penghantaran bahan
  • Penyenggaraan Peralatan
  • Memastikan Siaran TAWAUfm berkualiti
  • Memastikan Siaran daripada Stesen Pemancar dapat diterima dengan jelas
  • Memastikan Peralatan dan fasiliti teknikal sentiasa berada dalam keadaan yang baik

 

JUSTIFIKASI UNIT

RANCANGAN

  • Memastikan Tugasan Konti sepanjang 12 jam berjalan lancar
  • Memastikan Penerbitan Rancangan untuk siaran Tawaufm mencapai KPI
  • Mendapatkan iklan untuk sumber pendapatan jabatan
  • Meningkatkan jumlah pendengar/audiens untuk mengikuti siaran tawau fm

 

CARTA FUNGSI UNIT

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.